Search This Blog

Saturday, May 1, 2010

Bernafas Semula

Atas dasar ingin tidak menghampakan ramai pihak......blog ini akan beroperasi semula, khusus bagi pencinta Silat di Malaysia dan seluruh Nusantara. InsyaAllah..ia bakal diisi sedikit demi sedikit dengan bahan2 lama yang masih di dalam simpanan, dan bahan-bahan baru yang segar dan mempunyai kualiti yang lebih baik.Susun atur blog ini juga akan dikemaskan supaya memudahkan para pengunjung mencari apa yang anda hajati.
Semoga ianya akan terus kekal di alam maya ini dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Thursday, April 3, 2008

Berehat Lagi....

Kepada pengunjung setia VCDSILAT..
Semua sudah sedia maklum....kewujudan blog ini bukan untuk meraih keuntungan dengan cara mudah.Tetapi ...sebagai ARKIB menyimpan khazanah silat melayu dalam bentuk audio dan video.
Namun begitu,sebagai moderator....saya merasa agak sedih dan kecewa dengan tanggapan beberapa pihak yang membuat andaian yang salah sehingga memaksa pihak moderator mendelete isi kandungan VCDSILAT walaupun banyak pencinta seni silat memerlukan bahan2 seperti pertandingan silat seni & olahraga , demo ,jurus persilat ( jurus wajib,tunggal dsb) .Namun ..pihak kami telah membuat keputusan untuk berehat seketika.
Semangat berkongsi pada perkara kebaikan memang sesuatu yang dituntut ,lebih2 lagi di alam persilatan .
Adakah VCDSILAT akan beroperasi semula...? pihak moderator tiada jawapan untuk soalan tersebut.Kekangan masa, tugasan2 lain dan halangan2 yang melanda..memungkinkan..VCDSILAT kena berehat panjang.
Bahan2 yang pernah diiklakan masih tersimpan rapi.Terima kasih kepada yang pernah berurusan dengan pihak kami.Yang masih berminat..boleh menghubungi moderator di alamat email:-
vcdsilat@yahoo.com

Wassalam